Friday 20 December 2013

Saya suka awak, BUDAK GEMUK...

"Ape ni pakse2 kawin... Dahlah kena kawin dengan budak gemuk tu... Tak naklah..." bebel Rania Mysara.. Tengah gosok gigi pun boleh membebel lagi... Yelah mahu dia tak bengang... Buka je mata pagi itu, mama suruh dia kawin dengan BUDAK GEMUK tu... Kalau paksa kawin dengan Johan Ashaari ke, tak pun Izzue Islam ke, Zizan Razak ke boleh la paksa2 ni tak pilihan mama tetap BUDAK GEMUK tu... Mahu dia tak bengang...

Tengah mandi pun dia masih membebel.. Bengang sangatlah tu... Hehehe... Keluar nanti mesti sambung membebel.. Mamanya pun sampai tutup telinga dengar anak gadis kesayangannya membebel....

BUDAK GEMUK atau nama sebenar Airil Daniel. Dulu budak ni sebelah je rumah dia dengan Rania Mysara... Dah nama pun duduk sebelah2 mestilah berjiran... Keluarga mereka pun sangat rapat... Entah kenapa tak sama pulak dengan anak2... Bila jumpa je mulalah bergaduh... Tak lama kemudian, BUDAK GEMUK and family pindah... Pindah ke Amerika... Sekarang sudah kembali ke Malaysia setelah dia tamatkan pengajiannya di Universiti..

Di ruang tamu, Datin Aleena dan sahabat lamanya rancak berbual..
"Leen, dah lama kan kita tak jumpa? Leen apa khabar?" tanya Datin Azura kepada jiran merangkap sahabat lamanya itu... 
"Alhamdulillah sihat Zura... Zura macam mana? Mesti seronok kan tinggal kat sana?" tanya Datin Aleena...
"Zura okey je... Betulah Leen... Seronok betul duduk sana... Hari2 shopping... Sampai pening Zahrul tengok Zura belanja.... Haha... Leen, macam mana plan kte yang dulu masih jadi?" tanya Datin Azura.
"Leen tak pernah lupa Zura pasal hal tu... Zura masih nak teruskan ke? Kalau nak teruskan Leen ikut je..." jawab Datin Aleena..
"Lega Zura dengar Leen cakap camtu... Zura rasa Rania Mysara adalah jodoh terbaik buat anak Zura tu... Zura gembira betul kalau Nia jadi menantu Zura... Zura tengok Nia tu bersopan santun, lemah lembut, hormat orang tua, dan cantik aje... Ikut mak dialah ni..." kata Datin Azura panjang lebar... Datin Aleen tersenyum..